Bahan-bahan:

Sotong (10 ekor)
Lobak merah (potong serong –  1 batang)
Kicap Istimewa/Lemak Manis Mudim (30ml)
Bawang Putih (cincang – 4 ulas)
Bawang Besar (potong bulat – 1 labu)
Cili merah (potong serong – 1 biji)
Halia muda (dihiris nipis – 4cm)
Serbuk lada hitam (5gm)
Garam dan lada sulah (secukup rasa)

Cara Memasak:

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  • Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan sotong, lobak merah dan kicap.
  • Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
  • Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
  • Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.