Cara Memasak:
1
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2
Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
3
Masukkan sotong, lobak merah dan kicap.
4
Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
5
Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
Bahan-bahan:
| Sotong | (10 ekor) |
| Lobak merah | (potong serong – 1 batang) |
| Kicap Istimewa/Lemak Manis Mudim | (30ml) |
| Bawang Putih | (cincang – 4 ulas) |
| Bawang Besar | (potong bulat – 1 labu) |
| Cili merah | (potong serong – 1 biji) |
| Halia muda | (dihiris nipis – 4cm) |
| Serbuk lada hitam | (5gm) |
| Garam dan lada sulah | (secukup rasa) |