Cara Memasak:

1

Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2

Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

3

Dalam kuali berlainan, masukkan sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia hingga layu.

4

Masukkan sos tomato, sos cili pedas mudim dan sos ikan. Sos tomato dan sos cili thai nisbahnya adalah 1:2.

5

Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.

6

Masukkan lada merah, daun ketumbar, daun limau purut dan tomato.

7

Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah air dengan secukupnya. Biarkan mendidih seketika.

8

Siram sos ke atas ikan. Sedia untuk dinikmati.

Bahan-bahan:

Ikan Siakap (Dibersihkan Dan Dilumur Garam, Kunyit Dan Tepung Jagung – 2ekor)

Bahan Sos:

Bawang Putih (Cincang)
Jus Limau Nipis (Secukup Rasa)
Cili Merah (Dihiris)
Cili Padi Hijau (Dihiris)
Daun Limau Purut (Dihiris)
Tomato (Potong Dadu – 2 biji)
Halia (Dihiris)
Daun Ketumbar (Dihiris)
Sos Ikan (3 Sudu)
Sos Tomato (5 Sudu)
Sos Cili Pedas Mudim (5 Sudu)
Nenas (Dipotong Dadu – 2 biji)
Garam (Secukup Rasa)
Gula (Secukup Rasa)