Bahan-bahan:

Ikan kembung (3 ekor)
Kicap Istimewa Mudim (3 sudu makan)
Cili padi (dikisar – 10 biji)
Bawang merah (dikisar – 4 ulas)
Bawang putih (dikisar – 2 ulas)
Serai (dikisar – 1 batang)
Bawang besar (dipotong bulat –  1 labu)
Garam (secukup rasa)
Lada sulah dan serbuk kunyit (secukup rasa)

Cara Memasak:

  • Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
  • Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
  • Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati.