Bahan-bahan:

Daging Lembu (300gm)
Cili Padi (Dihiris Kasar – 10 biji)
Cili/Lada Merah (1 biji)
Sos Tiram (Secukup rasa)
Minyak Masak (2-3 Sudu)
Kicap Istimewa Mudim (Secukup Rasa)
Bawang Besar (Dihiris Kasar – 1 labu)
Bawang Putih (Diketuk – 3 ulas)
Halia (3 Hiris)
Garam, Serbuk Kunyit, Lada Sulah (Secukup Rasa)

Cara Memasak:

  • Daging dihiris nipis-nipis. Gaul daging dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Masukkan dalam kuali dan masak hingga kering airnya.
  • Tambah air sekiranya daging belum empuk.
  • Setelah daging empuk dan air telah menjadi sedikit kering, masukkan 2-3 sudu minyak dan goreng daging seketika.
  • Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili/lada merah.
  • Kacau sehingga bawang besar menjadi layu.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kicap lemak manis dan sedikit lada sulah.
  • Kacau sehingga masak. Dan, siap untuk di hidang.