Bahan-bahan:

Ayam (dihiris kecil – 4 ketul)
Bawang putih (dicincang halus – 2 ulas)
Bawang besar (dibelah 2 dan dihiris bulat)
Cili merah (dihiris serong – 1 biji)
Cili api (dipecah-pecah – 11 biji)
Daun limau purut (2 helai)
Bunga Kobis (dihiris kecil)
Putik Jagung (dihiris serong – 2 biji)
Lobak merah (dihiris serong – ½ biji)
Kacang Panjang (dipotong 1 inci – 2 biji)
Cili kering (dikisar – 2 sudu)
Sos Cili Pedas Mudim (2 sudu makan)
Sos Tomato (2 sudu makan)
Sos Tiram (2 sudu makan)
Air (1 cawan)
Garam (secukup rasa)

Cara Memasak:

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  • Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  • Tutup api dan hidangkan.