Alhamdulillah,baru-baru ini kami menerima kunjungan hormat dari pihak LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH. Dalam kunjungan ini, pihak LZNK menyerahkan sijil pembayar zakat negeri iaitu Sijil Muzakki.Semoga hubungan dua hala ini dapat diteruskan dan semoga zakat yang disalurkan menjadi asbab kejayaan & kesejateraan bersama. Diharapkan bumi negeri Kedah menjadi tempat orang miskin berteduh & tempat orang kaya menabur bakti.