
Bahan-bahan:
Mangga Muda | (8-10 Biji) |
Kapur Makan | (1 Sudu Makan) |
Garam Kasar | (3 Sudu Makan ) |
Gula Pasir | (1-2 Cawan) |
Cuka Buatan Mudim | (2 Sudu) |
Cara Penyediaan:
- Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh...hanya bersihkan kulitnya dan kemudian belah dua.buang biji dan selaputnya.
- Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit. Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk pelam ranggup. Jangan abaikan step ini.
- Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut....toskan. Masukkan mangga dalam bekas bertutup. Tuangkan bancuhan air + garam kedalamnya. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.
- Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam.
- Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.
- Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan. Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
- Tuang air gula + cuka kedalam bekas mangga tadi.
- Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.