,

Produk MUDIM Setanding Pasaran Dunia

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

>> Shaarani usahawan kicap, sos dan cuka hasil sokongan MADA

[/vc_column_text][vc_column_text]Melihat pada jenama botolnya, anda pasti kenangkan kerjaya ‘Tok Mudim’ yang sangat popular di kalangan kanak-kanak lelaki yang mahu berkhatan. Namun, itu adalah tarikan kepada produk kicap dan sos cili yang diasaskan oleh Mudim Zakaria Arshad atas jenama MUDIM.

Pada peringkat awal, Perniagaan Mudim Zakaria bermula dengan pengeluaran ubat-ubatan tradisional secara kecil-kecilan seterusnya berjaya menambah rangkaian produknya dengan menghasilkan produk kicap dan sos cili atas jenama Mudim pada tahun 1987.

Kini, Perniagaan itu diambil alih oleh anak ketiga iaitu Shaarani Zakaria , 52 yang mula berjinak-jinak dan menceburkan diri dalam duani Perniagaan dalam Bimbingan serta tunjuk ajar bapanya seawak usia 20-an.

Shaarani yang di lahirkan di Kampung Jelutong, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh, Pendang, Kedah dan melanjutkan Pelajaran ke Sekolah Menengah Pendang, Kedah hingga Berjaya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seterusnya, beliau meneruskan Pelajaran Tingkatan Enam dan Mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Persatuan Belia Bimbingan.

Melihat kepada kesunguhan dedikasi beliau dalam menjalankan Perniagaan keluarga mereka, bapanya telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada beliau untuk mengembangkan Perniagaan produk kicap, sos cili dan cuka MUDIM.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner][vc_column_text]

Inovasi Produk

Sehingga kini, Perniagaan Mudim Zakaria telah Berjaya mengeluarkan produk kicap, sos cili dan cuka buatan dengan purata kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 800 tan bagi kicap , 360 tan bagi sos cili dan 120 tan bagi cuka buatan.

Shaarani sentiasa mencari pembaharuan dalam penghasilan produk yang mempunyai nilai tambah (value-added) dan inovasi mamp[u menjadikan produknya unik dan lain daripada yang lain di pasaran. Jesteru, beliau yang mana produk yang dahulunya menggunakan botol kaca kini ditukarkan kepada pembungkusan botol plastic yang unik dan mempunyai reka bentuk yang menarik.

Malah, reka bentuk pembungkusan botol plastic ini telah dipatenkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Perniagaan Mudim Zakaria juga menjalankan pengeluaran produk mengunakan mesin dan peralatan automatik yang mampu meningkatkan keluaran produk sebanyak 70 peratus dan berjaya memenuhi permintaan pasaran semasa sekali gus Berjaya mengurangkan beban kerja, menjimatkan masa dan kawalan kuanliti produk lebih terjamin.

Inovasi produk baru lain yang dikeluarkan ialah Kopi dan Teh Herba.[/vc_column_text][vc_column_text]

Bantuan Mada

Bagi memantapkan lagi Perniagaan, Shaarani memohon Geran Pemadanan untuk Peningkatan Pengeluaran dan Premis Usahawan Industri Asas Tani Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Melalui geran pemadanan ini, pihak MADA telah memberikan bantuan perolehan mesin/peralatan seperti Jacketed Tank 1,000 liter, Tangki Penyejuk, labelling Machine dan Filling Machine serta penambahanbaikan kilang.

Beliau juga sentiasa mengikuti program latihan dan kursus anjuran MADA serta program promosi/pemasaran produk di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Shaarani mengakui pada peringkat permulaan Perniagaan ini, beliau agak sukar untuk menembusi pasaran produk. Beliau telah memulakan langkah dengan memperkenalkan dan mempromosikan produknya melalui ekspo dan jualan produk makanan.

“Seterusnya saya menyertai program pameran dan jualan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Showcase (MAHA), Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) serta Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS), Hasil daripada penyertaan itu, saya telah melaksanakan business-matching dengan ajen pemasar dan kesannya, permintaan terhadap produk MUDIM semakin meningkat,” katanya.

Nilai jualan tahunan
RM3 juta

Kini, dengan nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta, produk keluaran sayrikat beliau bukan saja Berjaya menembusi rangkaian pasaran hypermarket Gaint, Tesco dan Mydin serta rangkaian outlet lain di pasaran tempatan malah berjya dieksport ke pasaran luar negara seperti Brunei, Thailand dan Singapura.

Berket doa restui keluarga, kini Shaarani adalah usahawan Bumiputera yang berjaya sebagai pengeluar kicap, sos dan cuka. Beliau juga meletakkan jenama MUDIM sebaris dengan pesaing lain di pasaran. Walaupun sudah berjaya dalam bidang diceburi, Shaarani masih tekun berusaha memajukan perniagaannya dan berazam untuk menjadi pengeluar kicap dan sos terunggul di Malaysia.[/vc_column_text][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

Facebook
Twitter
Email
Print
Latest Post