,

Prinsip berani sahut cabaran

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Shaarani teruskan legasi Perniagaan arwah bapa

[/vc_column_text][vc_column_text]Kemampuan usahawan Bumiputera bersaing dalam dunia Perniagaan kini
membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang usahawan namun mampu untuk berdiri setanding dengan syarikat lain.

Pemilik syarikat jenama Mudim, Shaarani Zakaria, 53, membuktikan prinsipnya yang tidak mudah mengaku kalah dan sering memastikan dia sentiasa berusaha dan bersikap positif.

Menurutnya, penglibatan dalam dunia perniagaan bermula pada 1987 apabila mewarisi Perniagaan ubat tardisional dari arwah bapanya, Zakaria Arshad.

Bagi anak ketiga daripada lima adek beradik ini, dia mula mengambilalih syarikat Mudim seawall usia 20-an dengan bimbingan serta tunjuk ajar dari bapanya ketika itu.

“Dalam tempoh beberapa tahun, saya akhirnya menyedari sudah mula jatuh cinta dengan dunia Perniagaan dan memutuskan untuk meneruskan perniagaan ini.

“Prinsip kita perlu berani untuk sahut cabaran jika buat sesuatu biar sampai jadi bukannya berhenti separuh jalan menjadi azimat kepada saya untuk terus Berjaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, minat untuk bergelar usahawan mula timbul apabila didorong ahli keluarga yang banyak memberi tunjuk ajar.

“Mungkin darah bapa mengalir dalam diri menyebabkan saya mengambil inisiatif meneruskan Perniagaan ini.

“Melihat kepada kesungguhan dan dedikasi dalam menjalankan perniagaan keluarga, bapa memberi kepercayaan yang tinggi kepada saya untuk mengembangkan perniagaan ini.”katanya.

Shaarani berkata, langkah pertama dalam bidang ini bermula apabila meraih pelaburan seterusnya menambah rangkaian produk dengan kicap, sos cili dan cuka di kebanyakkan negeri antaranya Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Menurutnya, selepas hampir 27 tahun terlibat secara langsung dalam bidang ini. Dia mengakui terlalu banyak pengalaman pahit manis yang ditempuhi namun semuanya menjadi panduan kepadanya terus Berjaya.

“Selepas itu, saya terus mengorak langkah dengan diberi peluang untuk meguruskan Perniagaan ini. Kerjaya dalambidang ini memberi pelbagai cabaran dan kita perlu bersaing untuk memberi mutu makanan yang terbaik kepada pelanggan, selain itu kita perlu jujur dan pandai urus kawangan dengan baik.

“Pengalaman pahit yang saya tempuh sebelum ini ialah apabila perniagaan Mudim dikatakan bukan syarikat bumiputera, sedangkan ia tidak benar tetapi kami menganggap semuanya adalah asam garam dalam sesuatu Perniagaan,” katanya.

Shaarani berkata, isteri serta anak-anakmaya menjadi sumber kekuatan dan inspirasinya untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini.

Katanya, dengan usaha yang dilakukan kini, Perniagaan Mudim berjaya menembusi pasaran dan juga mempromosikan produknya di luar negara antaranya di United Kingdom dan Arab Saudi.

“Dengan starategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman dan kemajuan teknologi serta kepakaran syarikat, kini saya lebih yakin untuk memasarkan produk ke luar negara.

“Cara ini juga membuktikan bahawa syarikat bumiputera akan sentiasa terus komited untuk menjadi peneraju dalam industri makanan di Malaysia,” katanya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1578775390512{margin-bottom: 40px !important;}”][vc_column width=”1/4″][vc_single_image image=”2663″ img_size=”full” alignment=”center” style=”vc_box_shadow_3d” css_animation=”none”][/vc_column][vc_column width=”3/4″][vc_row_inner css=”.vc_custom_1578775053424{padding-top: 20px !important;padding-right: 20px !important;padding-bottom: 20px !important;padding-left: 20px !important;background-color: #ffcccc !important;border-radius: 10px !important;}”][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text css_animation=”none” basel_color_scheme=”dark”]Nama: Shaarani Zakaria
Umur: 54
Jawatan: Pemilik Syarikat Mudim
Isteri: Nina Fariza Muhammad
Anak: Lima orang
Asal: Kampung Jelutong, Mukim Tobiar, Pendang

Pendidikan:

[/vc_column_text][basel_list size="medium" color_scheme="dark" list_type="unordered" list_style="square" list="%5B%7B%22list-content%22%3A%22Sekolah%20Kebangsaan%20Penghulu%20Jusoh%2C%20Pendang%22%7D%2C%7B%22list-content%22%3A%22Sekolah%20Menengah%20Pendang.%22%7D%2C%7B%22list-content%22%3A%22Sekolah%20Persatuan%20Belia%20Bimbingan.%22%7D%5D" icons_color="#dd3333" icons_bg_color="#ffcccc" css=".vc_custom_1578775117662{margin-top: 0px !important;padding-top: 0px !important;}"][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text basel_color_scheme=”dark”]

Percapaian/Anugerah/Sijil

[/vc_column_text][basel_list size="medium" color_scheme="dark" list_type="unordered" list_style="rounded" list="%5B%7B%22list-content%22%3A%22Pengiktirafan%20Sijil%20Pengesahan%20Halal%20Darpad%20Majlis%20Agama%20Islam%20Negeri%20Kedah%22%7D%2C%7B%22list-content%22%3A%22Mendapat%20Sijil%20Makanan%20Selamat%20Tanggungjawab%20Industri%20(MESTI)%22%7D%2C%7B%22list-content%22%3A%22Anugerah%20Usahawan%20Berjaya%20Peringkat%20Daerah%20Pendang%202007%22%7D%2C%7B%22list-content%22%3A%22Johan%20Kategori%20Makanan%20SDSI%20Kedah%202011%22%7D%2C%7B%22list-content%22%3A%22Sijil%20Penghargaan%20Hari%20Peladang%2CPenternak%20Dan%20Nelayan%202011.%22%7D%5D" icons_color="#dd3333" icons_bg_color="#ffcccc" css=".vc_custom_1578775137937{margin-top: 0px !important;padding-top: 0px !important;}"][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

Facebook
Twitter
Email
Print

One Response

Latest Post