
Bahan-bahan:
Telur Kuning | (4 Biji) |
Garam | (1 Sudu Kecil) |
Cuka Buatan Mudim | (½ Cawan) |
Gula | (4 Sudu Besar) |
Minyak Sayuran Atau Minyak Zaiton | (1 Cawan) |
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak) |
(Secukupnya) |
Mustard | (1 sudu kecil) |
Cara penyediaan:
- Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
- Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
- Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
- Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
- Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
Peringatan:
- Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.
- Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
- Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.