
Bahan-bahan:
Ketam | (dibuang kulit keras dan dicuci – 1kg) |
Bawang putih | (ditumbuk lumat – 6 ulas) |
Daun Bawang | (dipotong 1 inci – 1 pokok ) |
Cili kering | (dikisar – 4 sudu) |
Sos cili pedas mudim | (4 sudu makan) |
Sos tomato | (4 sudu makan) |
Air | (2 cawan) |
Telur | (dikacau rata – 2 biji) |
Cuka Buatan Mudim | (2 sudu) |
Tepung Jagung | (dibancuh dengan sedikit air – 1 sudu) |
Gula | (Secukup rasa) |
Garam | (Secukup rasa) |
Cara Memasak:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili mudim dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air, cuka, gula dan garam. Kacau rata.
- Masukkan ketam. Gaul rata. Tutup tudung kuali. Biarkan hingga ketam masak.
- Bila ketam dah masak, masukkan telur. Biarkan dalam 10 saat, baru dikacau dan dibalik-balikkan ketam hingga terpalut sos.
- Masukan bancuhan tepung jagung dan daun bawang. Kacau rata.