
Bahan-bahan:
Ikan Tenggiri | (Lumur Garam Kunyit – 2 Ketul) |
Serbuk Kunyit | (Sedikit Sahaja (Optional)) |
Cuka Buatan Mudim | (1- 1 ½ Sudu Besar) |
Biji Sawi | (1 Sudu Kecil) |
Gula | (Secukup Rasa) |
Garam | (Secukup Rasa) |
Bahan- Hiris:
Bawang Putih | 3 Ulas |
Halia | 2 cm |
Cili Merah Dan Cili Hijau | (1 Biji) |
Bawang Besar | (Dipotong Bulat – 1 Labu) |
Cara Memasak:
- Ikan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hiris sehingga layu.
- Masukkan air secukupnya.
- Masak sehingga mendidih. Saya masukkan sedikit sahaja air kerana tidak suka berkuah.
- Masukkan cuka, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan biar mendidih sebentar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.